SELAMAT DATANG KE ENTER CORIDOR SDN. BHD.

Enter Coridor Sdn. Bhd. atau ECSB merupakan sebuah syarikat bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Syarikat ini mula ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai sebuah syarikat Enterprise. sebagai pembekal alat bantuan mengajar, menyediakan latihan dan kursus-kursus jangka pendek. Syarikat ini terus berkembang dan mengorak langkah kehadapan bersama-sama kepesatan dan pembangunan Malaysia dengan menceburi bidang robotik pada tahun 2002.

Pada tahun 2007 syarikat ini telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat Sdn Bhd. Dari masa kesemasa, dalam memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan, ECSB sentiasa peka dengan kehendak pelanggan untuk mendapatkan produk yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Oleh yang demikian ECSB sentiasa bersedia untuk berunding dalam memastikan kepuasan pengguna terhadap produk-produk keluaran kami.