Latar Belakang Syarikat

Print

Written by Administrator Monday, 01 February 2010 16:15

ENTER CORIDOR SDN BHD bermula dengan penubuhan sebuah syarikat bernama ENTER CORIDOR pada 8 hb Ogos 1998. Pada ketika itu aktiviti syarikat lebih tertumpu dalam pengendalian kursus-kursus teknikal jangkapendek seperti PLC, Pneumatic dan Elektronik di beberapa Kolej Swasta, Kementerian Pelajaran, Pusat Pengajian Tinggi dan Kilang-Kilang.

Selepas pertukaran entiti perniagaan kepada syarikat persendirian (SDN BHD), ENTER CORIDOR SDN BHD telah memperkembangkan aktivitinya. Antaranya sebagai pembekal tenaga pengajar bagi Sijil MLVK Mekatronik , Industri Elektronik dan Moulding . Selain daripada memberikan latihan-latihan teknikal, kami juga merupakan pembekal untuk produk-produk Automation System, Hydraulik System, Pneumatic System, Robotic System, Microcontroller, Programmable Logic Controller (PLC), Computer Integrated Manufacturing system (CIMS), Building Monitoring System (BMS), Industrial Process Control Technology (IPCT), Peralatan-Peralatan Mesin dan Kelengkapan Pejabat.

Selain daripada itu syarikat ini juga mengendalikan kursus diperingkat Diploma In Electrical Technology(WBL) untuk pelajar-pelajar Sijil Lepasan Kolej Komuniti. Syarikat ini juga telah menandatangani satu memorandum(MOU) dengan KOLEJ KOMUNITI (KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA).

Syarikat ini juga menyediakan kursus jangkapendek untuk Graduation Rescaling Schame (GRS) selama 3 bulan untuk kursus CIM , IPCT dan BMS. Syarikat yakin dengan kekuatan kewangan dan kepakaran yang ada, syarikat mampu untuk melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya.

Last Updated on Tuesday, 02 February 2010 15:58