KATA ALU-ALUAN PENGARAH

Print

Written by admin2 Monday, 08 February 2010 14:39

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke laman Enter coridor Sdn Bhd.

Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke laman ECSB kami. Laman ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan potensi, kecemerlangan dalam memartabatkan  teknologi dalam pendidikan. Saya berharap dengan melayari laman ini anda akan melihat teknologi-teknologi yang baru di perkenalkan dan dinaiktaraf bagi bergerak seiring dunia global.

ECSB amat berbangga untuk menjadi sebuah industri yang menjadi penyumbang perkembangan  di dalam arena pendidikan dan industri di Malaysia. Ralph Waldo Emerson pernah berkata, “bukanlah tempoh masa dalam kehidupan, tetapi kekuatan dalam kehidupan”. Adalah tidak penting untuk melihat ECSB sebagai syarikat bumiputra, tetapi apa yang penting ialah pengalaman yang dimiliki oleh ECSB yang membolehkan ECSB menawarkan perkhidmatan yang terbaik.ECSB menawarkan pelbagai perkhidmatan diantaranya produk,kursus jangka pendek, pendawaian, service air cond, latihan dan pembangunan.

ECSB menjadi pemangkin kepada kemajuan negara kita, komited dalam memberikan perkhidmatan dan menyalurkan kesinambungan modal intelektual yang diperlukan bagi memperkasakan pembangunan Malaysia. Dengan pelbagai projek penyelidikan yang merangkumi pelbagai bidang dijalankan oleh jurutera-jurutera kami. .

Dengan ikhlas saya berharap laman ECSB ini akan dijadikan pintu masuk untuk membolehkan anda melihat ECSB secara keseluruhan.  Saya berharap ia akan membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Last Updated on Wednesday, 10 February 2010 13:50